Friday, July 8, 2011

Duniaku

Acap in the house!! kali ni aku nk cerita pasal dunia muda-mudi ku. Aku ni dr dulu lagi memang gemar menunggang motosikal. Motosikal pertama aku yg diberi oleh ayah ku ialah lagenda z hijau flat no JKR tahun 2007.

Hijau Kegemaranku

Tukar set biru lepas eksiden


Pastu aku nak tukar selere. Aku nak maen moto besar iaitu moto kegemaran ramai remaja masa kini iaitu RXZ flat no JCY tahun 1993. Beli seken jerk sebab tak mampu. Aku beli moto rxz pn sebab adik aku nak pakai moto aku nie bawak pergi belajar. So aku pn kasi lah. 

Set Katak Stylo!!

Bile aku pakai moto nie je mcm la bende2 yang x kene kat moto nie. paling laju aku pena bwk moto nie pn 140km/jam sahaja. Bile da dekat 5 bulan ak pakai, moto nie jem. So kene la overhaul. Oleh kerana jem nye kat pasir gudang so aku pn buat la kat kedai. Tapi yg sialnya orang tu kenceng aku. Dia buat ala kadar sahaja. Aku pakai seminggu da jem rod. Aku pn anta la kat membe ak yg setaman dengan aku nie. Dye pn boleh la professional jugak dlm moto rxz ni dan dye pn ade moto rxz jugak. Pomen aku yang kedua nie pn aku x pasti samada dye kelepet aku atau tidak. Dye bikin moto aku mmg jadi cume bile dah bikin lampu plak x de pastu dye ckp grensap enjen nak kene tukar sbb tu berbunyi. Aku pun makin lame x tahan la sbb moto ni banyak kos dye. Bile aku kire balek kos2 bikin moto nie boleh la jugak beli moto 125z baru cash! 

Set Boss Ranggi!!!

Last skali aku pn letak moto ni kat mudah pada ari ahad. Isnin malam moto nie dah terjual dengan harga 2.3k. Isnin malam tu jugak aku pergi survey kedai moto mane yang murah. Dalam hati aku nie cume ade 4 jenis moto yang aku nk beli. RXZ, FZ 150, 125Z dan last skali LC.(mase nie aku lum tau menau pasal LC baru). Setiap kedai yang aku pergi aku mesti tanye hrge cash n utang 4 jenis moto nie. Bile aku tanye je muke RXZ n 125z je plg minima nak 4k, FZ150 plak mukenye nak 3k minima. LAst skali aku ternampak 1 model LC baru 5 gear. Aku pn tye la tokey kedai. LC muke boleh 2k. Aku plak da rambang mata mana 1 LC yg aku nk pilih. SAmada LC baru 5speed or LC baru 4speed. Beze antara 2 model nie ialah LC 5speed ada brek disk depan dan blakang dan besi pemijak kaki blakang pn ikut warna asal moto dan moto nie mempunyai clutch tangan serta gear songket. LC 4 speed plak cume ade brek disk depan dan besi pemijak blakang x mengikut kaler asal moto dan ia tidak mempunyai clutch tangan serta gear biasa seperti moto 4stroke yg laen. Pikir punye pikir akhirnya aku membuat pilihan beli moto LC 5speed. Bagi aku biarlah moto nie mahal dr 4speed janji aku puas. Akhinya nie lah moto aku yg paling aku sayang buat masa nie..

LC 5speed Cun LAH!!

Thursday, May 19, 2011

Surat Rasmi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Permohonan Kahwin

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman

Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Nota :
En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!

Friday, May 13, 2011

Maharajalawak MP3 audio

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendownload rentak maharajalawak untuk dijadikan sebagai ringer pada hp anda atau sebaliknya sila klik disini.

AIr Goncang!!!

Acap In The House!!! Ok kali ni aku nk cite pasal tajuk kat atas tu la. Sebab kalo aku x cite mesti korang pikir bukan2 punye kan. Sebab aku dah banyak cite kat orang pasal bende ni dan kebanyakkannye semua pikir yg bukan2. Actually air goncang nie baru lagi. Aku sendiri pun x tau asal usul dye kt mane. Ramai orang ckp bende nie mule kt JB x pun SINGAPORE. Oke lah aku tunjukkanlah dulu banner dye supaya korang sume x pikir bukan2.

Kat bilik aku nie sempat lagi aku posing hehehe

Nampak x?? ape yg korang nmpk? air kan? so lepas nie jgn pikir bukan2 lagi. Kenapa dia panggil air goncang? Sebabnye nak buat air nie dye kene goncang. Sebenarnye air nie ala ala cool blog. Memang sebijik mcm cool blog ade campuran pearl, choclate rise, ngn oreo. Cara buat pun lebih kurang sama, cool blog pun kene goncang jugak kan. Bab perisa pun sebijik sama cuma cool blog ade lebih sikit la. Pada sapa yg lum kenal cool blog ni ha aku tunjukkan.

Cool Blog dengan pearl yg itam kat bawah tu

Perbezaan antara cool blog ngn air goncang nie biar aku list kan lah kalo tulis mcm karangan bukan korang nk baca pun kan. nie ha antara perbezaannya :
  • Air goncang ialah air berperisa tetapi cool blog ialah ice blended dimana ice dikisar menjadi halus.
  • Air goncang lebih murah dari cool blog (area jb biase dijual RM1 - RM2)
  • Air goncang guna paking air yg murah dan size yg kecil sedikit dr cool blog.
  • Cool blog menutup bekas air menggunakan plastik yang dilekatkan bersama bekas airnya dan x kan tumpah atau terbuka penutup air selagi straw tidak dicucuk.

Bekas air goncang

Perisa-perisa yang ada pada air goncang ialah:


Antara Perisa2 AIr Goncang

Nampak x perisa2 banner kat atas tu?? kalau x nmpk aku listkan :

White Coffee
Cappuchino
Mocha
Latte
Italian Coffee
Surinam
Hong Kong Milk Tea
Honeydew Milk Tea
Milk Oreo
Chocolate Oreo
Orange Chocolate
Ice Cream Chocolate
Chocolate Mint
Yummy Chocolate
Ice Cream Blue
Blue Coral
Mango
Honeydew

Kalau korang tgk pula perisa cool blog pun lebih kurang sama dengan perisa air goncang kat atas nie. Bukan lebih kurang tapi sebijik sama. Tapi cool blog memulakan perniagaannya dahulu barulah air goncang nie. Cara nak buat air goncang nie mmg mudah. Aku pun tyap2 hari jugak buat air nie kt umah. Sekarang nie da x de da nk minum air milo, tea, kopi dll kat umah. Melantak bende nie je la. Sekarang nie yg da pena aku rasa Mango, Honey Dew, Chocolate dan Cappuchino. Air goncang nie dye menggunakan gula pasir yang dikisar halus supaya ianya mudah larut dan sebati apabila digoncang.

Aku tengok dekat area JB(area skudai kebisaannya) yang aku nampak paling top air goncang nie. Bile aku tanya kawan2 aku dekat kempas ke, BBU, Kampung Pasir, ramai yang belum tahu lagi pasal kehadiran air goncang nie. Kebiasaan air nie dijual berdekatan dengan sekolah. Korang nak tau sbb ape? Sebabnye disitulah tempat yang paling untung sekali bile berniaga lagi2 waktu yang tgh panas menggila skrg nie. Baru2 nie aku dengar dr mulut kawan mak aku dye cakap sehari dye boleh kolek dekat RM300. Dye cume target orang balek skola sahaja. Lebih baek lagi kalau amek skola yang ade due sesi. sesi pagi dan petang. Air goncang nie dijual dengan harga RM1 shj tetapi ada juga yang dijual lebih drpd RM1 mengikut perisa2 yang tertentu. Kawan2  mak aku ramai la yang dah berhenti sbb nak jual bende nie. lagi2 sekrang nie kilang mak aku nak bankrupt. Oke lah sampai sini sahaja lah entry aku kali nie. Aku pun kurang resech jugak pasal bende nie. Ye la kalo korang bukak google pn blum banyak lagi cite pasal nie. Ternyatalah air goncang nie blum ramai orang tahu lagi... tatata

Wednesday, May 11, 2011

Haiwan Peliharaanku

Acap In The House!!! Yeah! kali ni aku nak cite pasal haiwan peliharaanku yg paling aku sayangi buat masa ini la. Ianya adalah sejenis ikan kaloi sabah. Ape yang membuat aku tertarik nak bele ikan kaloi sabah nie sbb dye ade kaleh merah dekat ekor dengan insang dye. Bak kata orang cina merah itu ada ong ma. Rs minat aku ni timbul mase aku tgk bpk aku bele 2 ekor ikan kaloi sabah tp kaler dekat ekor dye x naek merah tapi aku tgk dekat kedai ikan, ikan kaloi nie boleh naek kaler merah diekor. Aku pun apa lagi pergi kedai ikan dekat tempat aku tu. kebetulan tinggal seekor je anak ikan kaloi sabah, comel jerk. Nie gambarnye....

Masa Kat Kedai Ikan (Comel Jerk)

Lepas tu lepas aku beli ikan tu aku tanye la tokei kedai tu mcm mane nak naekkan warna merah dye menyala - nyala lagi. Tokey tu cadangkan aku beli dedak ikan arowana super red yg beharga RM50. Aku pn rasa mcm keberatan nak beli dan tokey tu pun cakap kalo x mampu kasi dedak ikan parrot dalam harge RM16 jerk. Dedak ikan arowana dengan dedak ikan parrot nie diproses untuk diberi pada ikan tersebut sbb ikan tersebut kalau x pandai jaga, kaler pada badan ikan akan luntur dan ikan pun da x cantik la kan. So lepas bawak balik umah jerk aku pun letak la dekat akuarium aku. Aku tengok ikan aku tu dlm sehari due mcm belum pandai menyesuaikan diri dengan aku lagi. Lepas sebulan je hdup dengan aku, dye da pandai bergerak la sikit.. Kalau korang tengok kaler pada ekor kat atas tu nmpk sikit2 je kan merahnye. Pastu x de kaler lagi kan pada insang dye kan. So nie lah keputusannye selepas sebulan duduk dengan aku....

Cantik x Ekor dye?

Betambah cantik x ikan aku? Dapat lihat x perbezaan? kalau korang tgk kaler merah pada ekor dye dah merah banyakkan? Sebabnye aku kasi makan dedak ikan parrot lah. Tapi kadang2 kalau aku ada rezeki aku belikan lah ikan aku ulat hongkong ataupun anak ikan untuk makanan dye supaya dye gemuk dan cepat membesar. Tapi ade satu jerk aku x puas ati selepas 3 bulan aku jage ikan aku nie. Dye punye kaler merah dekat insang belum nmpk lagi. Nampak pun sikit2 jerk. Dengan penuh kesabaran, aku pun menjaganya sehingga pada suatu hari, Dekat sebulan lebih kot aku x balik umah family sebab sibuk dengan study aku kt poli pasir gudang tu. So mase aku x de adik aku lah yg jage mkn dye. Bile aku balik je aku tgk akuarium kotor sangat2. So mlm tu aku pun mncuci aquarium tu dan alangkah terkejutnye aku bile aku tgk ikan aku dah besar dan kaler merah pada insang ikan aku tu dah kelihatan. Korang x caye korang tgk lah sendiri kat bawah nie.

Nie Dah Dekat 9 Bulan Aku Jaga (Besar X??)

Aku memang sayang la ikan aku nie. Sekarang nie dye dah pandai maen2 dengan aku. Pantang nampak aku jerk mesti dye nak follow. Bukan ape aku tau maksud dye. Dye nakkan makanan. So sekarang nie aku dah abes blaja, aku sentiasa luangkan masa untuk ikan kesayangan aku nie. Kalo korang nak tau bile aku stress atau ada masalah jerk mesti aku tgk ikan aku nie. Dye la yang boleh hilangkn sedikit tensyen aku. Kadang2 kan aku bercakap dengan dye. Aku mintak dye doakan aku. Bak kata ustazah aku haiwan nie kalau kite buat baek dengan dye, dye paham tau  kite kalau kite becakap dengan dye. Tapi lepas nie jgn la pulak korang bele binatang semata mata hendak suruh dye doa. Apa2 pun kita kenelah berusaha jugak kan. So target aku lepas nie bile aku dah keje nnt aku nk belikan rumah besar untuk dye dan tempat lame dye nie aku nak bele ikan arowana. Aku pun penggemar ikan arowana jugak. Tapi nanti aku akan cite pasal ikan arowana pulak yerk. Akhir skali aku tinggalkan korang dengan pic latest ikan aku nie ha.

Latest:7Mei2011 (Maaf bukan ikan yang x cantik tapi kamera yg x oke.)

P/S : Sayangilah haiwan. Jangan menyiksa haiwan yang tidak berdosa.

Friday, April 15, 2011

Maharaja Lawak Minggu ke3.

Acap in the House!!! oke kali ni aku nk cite dan nak ulas sikit pasal MAHARAJA LAWAK minggu yang ke3 nie. Actualy aku dah tau la serba sikit permainan astro nie x nk bagi tau sape yang tersingkir pada minggu yang ke 2. Mungkin dyorang nak kite sume langgan pakej MUSTIKA yang berharga RM12.95. Pada awal minggu ke3 juri kite sebut ade 2 penyingkiran iaitu kumpulan WAI dan XN3.

kesian mike berdue nie...

Bagi aku mmg patutla dyorang terkeluar sbb bagi aku la 2 minggu dyorang x perform dengan baik.Juri pun cakap yang kump WAI nie x de chemistry. ye la kalo korang tgk RAJA LAWAK 4, kecik bawak lawak yang berlainan, idlan lak bawak lawak berlainan.(bagi aku idlan x lawak). Dan bagi aku la kan RAJA LAWAK 4 peserta nya memang x menyerlah kalo nak dibandingkan dengan RAJA LAWAK 5 lagi best dr RL4. Pasal XN3 nie aku x le nak komen pape la sbb mase RL2 aku x langgan astro lagi. Tapi orang cakap dyorang nie kire lawak jugak la mase kat RL2 dulu. 

Pada minggu ketiga nie peserta2 diberi tugasan iaitu MUSICAL COMEDY. Maksudnya peserta kene melawak sambil menyanyi x kira la lirik diubah ke, yang pentingnya lawak mst ada. Minggu nie peserta di bantu oleh alat bantu music yang diketuai oleh SHAH slam kalo x silap aku. Pada aku pada minggu nie kurang lawaknya kalau nak dibandingkan dengan 2 minggu lepas. Mungkin kerana tema MUSICAL COMEDY itu sendiri mmg sangat2 susah kalo korang nak tau la. Peserta kene menyanyi sambil melawak. Walaupun kurang lawak minggu nie tp MAHARAJA LAWAK still best sbb ade USOP WILCHA memeriahkan majlis dengan menyanyi awal ML td. Bagi aku lah Pelawak2 yang berjaya menghiburkan aku hari ini ialah Nabil, Sepah, Jozan, Jambu. Biasalah dorang ni mmg top5 pn kan. Oke sekarang aku nk Listkan peserta yg layak di hati aku dr yang menghiburkan sehingga yang x lawak pn.

Nabil
Jozan
Sepah
Jambu
Balas
Man
R2
Alex
Jihan
Amir

Yang paling-paling aku sedih  ialah waktu penyingkiran. 3 yang terendah di panggil oleh AC Mizal ialah mcm biasalah AMIR, JIHAN, dan yang first time masuk bottom 3 iaitu R2. Dalam hati aku harap2 la amir terkeluar dulu sbb bg aku amir mmg x menghiburkan. Jihan boleh blah lagi still menghiburkan. Tp alangkah terkejutnya aku bila JURI (APEK) mengumumkan R2 terkeluar. Aku berasa sedih gile. Memang hari nie R2 kurang menyerlah kalau nak dibandingkan dengan minggu2 sblm nie. Ye lah bak kate Ahmad Idham RL5 STILL BABY lagi. Tapi minggu ni R2 100 kali lebih menghiburkan dr Amir yang buat lawak bodoh dye 2. Geram betul aku. Tp korang kene paham jugak. Susah nak kluarkan amir nie sbb dye nie orang kelantan tau. Orang kelantan dye saport budak2 dye walaupun x lawak. Itulah semangat orang kelantan. Tp nak buat cmne kan. Ralat jugak aku R2 terkeluar. Tp aku harap R2 dapat diterima didunia luar nanti.

R2 still the best!!

Abes je MAHARAJA LAWAK aku trus online FB dan bukak page ML untuk mengkritik. terkejut jugak aku bile tgk ramai orang kutuk Amir. Tapi jangan la kutuk kaw kaw sangat. Dia manusia jugak kan. Papepun chill k!!!

P/S : Bak kata Aflin Shauki nak buat orang nangis mmg senang tp nak buat orang ketawa memang susah.. Hehehehe hentam jerk

Thursday, April 14, 2011

Me and Myself

Nie aku nak cite pasal diri aku, life aku, keistimewaan aku. Nama panjang aku MUHAMMAD ASRAF.Tapi kawan2 panggil aku acap. actualy aku lebih suke orang panggil aku ASYRAF. Asraf dengan Asyraf mempunyai maksud yg berbeza walaupun sebutan lebih kurang sama. Asraf adalah pemboros tp Asyraf adalah mulia. aku nie memang la pemboros la jugak orangnya tp aku jenis beringat. hehehe nie aku nk cite pasal aku sikit. Aku merupakan anak sulung kepada 6 orang adik, 5 laki dan bongsu gurl. Dalam kuage mak bpk adk2 aku sume panggil aku abang. "SEBAB AKU KAN ABANG". Aku dilahirkan pada tanggal 14.10.1990 di hospital Muar. Nie gambar aku masa tingkatan 3 bersama adik2 ku.

Hensem x aku ms nie???

Cube la korang teke mane aku kan. Klue aku dah kasi. Aku suke waktu aku zaman nie. kurus jerk. nak dibandingkan dengan sekarang. tp aku bersyukur ke hadrat ilahi sbb Allah x beri aku sakit walaupun aku agak berisi sikit. Oh ye oleh kerana adk aku ramai laki, aku mnt bergusti dengan dyorang. Anak jantan la katekan. Adik2 aku nie minat tgk bola tapi aku jerk x minat. Aku x tau knpa mungkin sbb muke aku ikut mak aku so minat aku pun same mcm dye jugak kot. hehehehe pandai2 jerk aku agak2. Oke nak cite pasal aku yang sekarang pulak. Masa aku menulis sekarang nie, aku sudah pun berumur 20 tahun 5 bulan dan aku sedang menunggu waktu untuk aku tamat pengajian ku di POLITEKNIK PREMIER JOHOR BAHRU dengan menggulung segenggam DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK. hehehe ayat geybang gile. x pe lah janji orangnye x gebang. Nak tgk x aku sekarang mcm mane? NAk atau x nak aku akan tunjukkan kat korang rupe aku yang sekarang pada tahun 2011.

aku 2011

hhehehe nie pic aku mase aku baru buat rambut.. Ala buat sendiri jerk. nak buat kat salon mahal. Tapi rambut aku yang cantik nie x betahan lama. Sekajap jerk pastu kembali kepada asal. Aku dulu dengan sekarang da lain sikit tapi papepun Alhamdulillah. Setakat sini ajelah entry aku. buat panjang2 bukan kome bace sume pn kan.. Ini lah serba sikit aku. Salam satu Malaysia..

P/S : kalau jumpe aku kat luar tegur2 la yerk lagi2 yang kenal aku sbb aku jenis segan tegur orang tp bile orang tegur aku, aku x sombong. heheh

Bermulanya Seorang Blogger

Firstly aku nak cakap yang aku nie memangla x pandai nak mengarang apetah lagi menulis (menaip laju la). Aku pun x tau ape yang aku nk tulis kat sini cume biasalah. Orang baru kat sini mesti la kene kenalkan dirikan. Sebenarnya dari tahun 2008 lagi aku dah berjinak-jinak mencube dan menggode blog nie cume aku bnyk x paham. Banyak jugak blog2 aku kat sini dan kebanyakkan aku lupe pasword, lupe id dan sebagainya. hehehehe dan aku harap aku blog nie dapat aku update dari hari ke hari walaupun aku x ramai follower. x apalah janji aku pandai maen blog nie. oke lah aku pun x tau nak cite ape lagi. Ini hanya permulaan bagi diriku di alam blog memblog nie. HArap dapat beri tunjuk ajar kat aku ye...