Thursday, May 19, 2011

Surat Rasmi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Permohonan Kahwin

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman

Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Nota :
En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!

Friday, May 13, 2011

Maharajalawak MP3 audio

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendownload rentak maharajalawak untuk dijadikan sebagai ringer pada hp anda atau sebaliknya sila klik disini.

AIr Goncang!!!

Acap In The House!!! Ok kali ni aku nk cite pasal tajuk kat atas tu la. Sebab kalo aku x cite mesti korang pikir bukan2 punye kan. Sebab aku dah banyak cite kat orang pasal bende ni dan kebanyakkannye semua pikir yg bukan2. Actually air goncang nie baru lagi. Aku sendiri pun x tau asal usul dye kt mane. Ramai orang ckp bende nie mule kt JB x pun SINGAPORE. Oke lah aku tunjukkanlah dulu banner dye supaya korang sume x pikir bukan2.

Kat bilik aku nie sempat lagi aku posing hehehe

Nampak x?? ape yg korang nmpk? air kan? so lepas nie jgn pikir bukan2 lagi. Kenapa dia panggil air goncang? Sebabnye nak buat air nie dye kene goncang. Sebenarnye air nie ala ala cool blog. Memang sebijik mcm cool blog ade campuran pearl, choclate rise, ngn oreo. Cara buat pun lebih kurang sama, cool blog pun kene goncang jugak kan. Bab perisa pun sebijik sama cuma cool blog ade lebih sikit la. Pada sapa yg lum kenal cool blog ni ha aku tunjukkan.

Cool Blog dengan pearl yg itam kat bawah tu

Perbezaan antara cool blog ngn air goncang nie biar aku list kan lah kalo tulis mcm karangan bukan korang nk baca pun kan. nie ha antara perbezaannya :
  • Air goncang ialah air berperisa tetapi cool blog ialah ice blended dimana ice dikisar menjadi halus.
  • Air goncang lebih murah dari cool blog (area jb biase dijual RM1 - RM2)
  • Air goncang guna paking air yg murah dan size yg kecil sedikit dr cool blog.
  • Cool blog menutup bekas air menggunakan plastik yang dilekatkan bersama bekas airnya dan x kan tumpah atau terbuka penutup air selagi straw tidak dicucuk.

Bekas air goncang

Perisa-perisa yang ada pada air goncang ialah:


Antara Perisa2 AIr Goncang

Nampak x perisa2 banner kat atas tu?? kalau x nmpk aku listkan :

White Coffee
Cappuchino
Mocha
Latte
Italian Coffee
Surinam
Hong Kong Milk Tea
Honeydew Milk Tea
Milk Oreo
Chocolate Oreo
Orange Chocolate
Ice Cream Chocolate
Chocolate Mint
Yummy Chocolate
Ice Cream Blue
Blue Coral
Mango
Honeydew

Kalau korang tgk pula perisa cool blog pun lebih kurang sama dengan perisa air goncang kat atas nie. Bukan lebih kurang tapi sebijik sama. Tapi cool blog memulakan perniagaannya dahulu barulah air goncang nie. Cara nak buat air goncang nie mmg mudah. Aku pun tyap2 hari jugak buat air nie kt umah. Sekarang nie da x de da nk minum air milo, tea, kopi dll kat umah. Melantak bende nie je la. Sekarang nie yg da pena aku rasa Mango, Honey Dew, Chocolate dan Cappuchino. Air goncang nie dye menggunakan gula pasir yang dikisar halus supaya ianya mudah larut dan sebati apabila digoncang.

Aku tengok dekat area JB(area skudai kebisaannya) yang aku nampak paling top air goncang nie. Bile aku tanya kawan2 aku dekat kempas ke, BBU, Kampung Pasir, ramai yang belum tahu lagi pasal kehadiran air goncang nie. Kebiasaan air nie dijual berdekatan dengan sekolah. Korang nak tau sbb ape? Sebabnye disitulah tempat yang paling untung sekali bile berniaga lagi2 waktu yang tgh panas menggila skrg nie. Baru2 nie aku dengar dr mulut kawan mak aku dye cakap sehari dye boleh kolek dekat RM300. Dye cume target orang balek skola sahaja. Lebih baek lagi kalau amek skola yang ade due sesi. sesi pagi dan petang. Air goncang nie dijual dengan harga RM1 shj tetapi ada juga yang dijual lebih drpd RM1 mengikut perisa2 yang tertentu. Kawan2  mak aku ramai la yang dah berhenti sbb nak jual bende nie. lagi2 sekrang nie kilang mak aku nak bankrupt. Oke lah sampai sini sahaja lah entry aku kali nie. Aku pun kurang resech jugak pasal bende nie. Ye la kalo korang bukak google pn blum banyak lagi cite pasal nie. Ternyatalah air goncang nie blum ramai orang tahu lagi... tatata

Wednesday, May 11, 2011

Haiwan Peliharaanku

Acap In The House!!! Yeah! kali ni aku nak cite pasal haiwan peliharaanku yg paling aku sayangi buat masa ini la. Ianya adalah sejenis ikan kaloi sabah. Ape yang membuat aku tertarik nak bele ikan kaloi sabah nie sbb dye ade kaleh merah dekat ekor dengan insang dye. Bak kata orang cina merah itu ada ong ma. Rs minat aku ni timbul mase aku tgk bpk aku bele 2 ekor ikan kaloi sabah tp kaler dekat ekor dye x naek merah tapi aku tgk dekat kedai ikan, ikan kaloi nie boleh naek kaler merah diekor. Aku pun apa lagi pergi kedai ikan dekat tempat aku tu. kebetulan tinggal seekor je anak ikan kaloi sabah, comel jerk. Nie gambarnye....

Masa Kat Kedai Ikan (Comel Jerk)

Lepas tu lepas aku beli ikan tu aku tanye la tokei kedai tu mcm mane nak naekkan warna merah dye menyala - nyala lagi. Tokey tu cadangkan aku beli dedak ikan arowana super red yg beharga RM50. Aku pn rasa mcm keberatan nak beli dan tokey tu pun cakap kalo x mampu kasi dedak ikan parrot dalam harge RM16 jerk. Dedak ikan arowana dengan dedak ikan parrot nie diproses untuk diberi pada ikan tersebut sbb ikan tersebut kalau x pandai jaga, kaler pada badan ikan akan luntur dan ikan pun da x cantik la kan. So lepas bawak balik umah jerk aku pun letak la dekat akuarium aku. Aku tengok ikan aku tu dlm sehari due mcm belum pandai menyesuaikan diri dengan aku lagi. Lepas sebulan je hdup dengan aku, dye da pandai bergerak la sikit.. Kalau korang tengok kaler pada ekor kat atas tu nmpk sikit2 je kan merahnye. Pastu x de kaler lagi kan pada insang dye kan. So nie lah keputusannye selepas sebulan duduk dengan aku....

Cantik x Ekor dye?

Betambah cantik x ikan aku? Dapat lihat x perbezaan? kalau korang tgk kaler merah pada ekor dye dah merah banyakkan? Sebabnye aku kasi makan dedak ikan parrot lah. Tapi kadang2 kalau aku ada rezeki aku belikan lah ikan aku ulat hongkong ataupun anak ikan untuk makanan dye supaya dye gemuk dan cepat membesar. Tapi ade satu jerk aku x puas ati selepas 3 bulan aku jage ikan aku nie. Dye punye kaler merah dekat insang belum nmpk lagi. Nampak pun sikit2 jerk. Dengan penuh kesabaran, aku pun menjaganya sehingga pada suatu hari, Dekat sebulan lebih kot aku x balik umah family sebab sibuk dengan study aku kt poli pasir gudang tu. So mase aku x de adik aku lah yg jage mkn dye. Bile aku balik je aku tgk akuarium kotor sangat2. So mlm tu aku pun mncuci aquarium tu dan alangkah terkejutnye aku bile aku tgk ikan aku dah besar dan kaler merah pada insang ikan aku tu dah kelihatan. Korang x caye korang tgk lah sendiri kat bawah nie.

Nie Dah Dekat 9 Bulan Aku Jaga (Besar X??)

Aku memang sayang la ikan aku nie. Sekarang nie dye dah pandai maen2 dengan aku. Pantang nampak aku jerk mesti dye nak follow. Bukan ape aku tau maksud dye. Dye nakkan makanan. So sekarang nie aku dah abes blaja, aku sentiasa luangkan masa untuk ikan kesayangan aku nie. Kalo korang nak tau bile aku stress atau ada masalah jerk mesti aku tgk ikan aku nie. Dye la yang boleh hilangkn sedikit tensyen aku. Kadang2 kan aku bercakap dengan dye. Aku mintak dye doakan aku. Bak kata ustazah aku haiwan nie kalau kite buat baek dengan dye, dye paham tau  kite kalau kite becakap dengan dye. Tapi lepas nie jgn la pulak korang bele binatang semata mata hendak suruh dye doa. Apa2 pun kita kenelah berusaha jugak kan. So target aku lepas nie bile aku dah keje nnt aku nk belikan rumah besar untuk dye dan tempat lame dye nie aku nak bele ikan arowana. Aku pun penggemar ikan arowana jugak. Tapi nanti aku akan cite pasal ikan arowana pulak yerk. Akhir skali aku tinggalkan korang dengan pic latest ikan aku nie ha.

Latest:7Mei2011 (Maaf bukan ikan yang x cantik tapi kamera yg x oke.)

P/S : Sayangilah haiwan. Jangan menyiksa haiwan yang tidak berdosa.