Saturday, January 7, 2012

Kompas Kompis Kompiussss

Hai ape la ujian aku kali nie kan. Kompius aku dibuatnye. Aku takut aku tesilap langkah untuk memilih. Aku takut pisang berbuah due kali. Nak tau citenye kenape aku kompius?

D'Apotik Perling

Aku sebenarnye seorang penganggur dan baru2 nie aku ditawarkan due kerja sekali gus. First kerja sebagai pembantu farmasi di D'Apotik Farmasi di Perling dan yg keduenye kerja sbg QA Technician di kilang Hitachi Koki Senai. Basic yang diberikan antara D' Apotik dan Hitachi hanya berbeza RM150 sahaja.

Hitachi (Just Logo Jee..)

Yang aku takutnye bile pisang berbuah due kali. Kenapa aku ckp pisang bebuah 2 kali? sbb dulu aku pena ditawarkan due kerja serentak iaitu di Panasonic Senai (PSNM) sbg Incharge person dan di Celestica sbg technician. Tetapi yang malangnye aku memilih PSNM dan menolak tawaran di CELESTICA. Bile dah lama aku kerja baru aku tahu Celestica menawarkan basic yg tinggi dan kerjanya sesuai dengan bidang yg aku ceburi. Di PSNM lari dari bidang aku dan hari2 aku asyik tertekan dengan kerja ku. Ye lah kerja yg bukan bidang aku dan aku kene tanggung kerja tu. Akhirnya lepas 3 bulan aku pun berhenti sbb terlalu pressure.

Panasonic                             Celestica

Itu yg aku takutkan bila aku tersilap memilih. Kalau nak diikutkan aku ingin memilih kerja di Hitachi Koki kerana memberikan gaji yg lebih tggi dr D' Apotik. D'Apotik pula memberikan basic yg rendah tp rsnye kerjanya x lah terlalu teruk(mcm kerja promoter jerk). 

Aku sewaktu di PANASONIC

Ya Allah aku mohon petunjuk dan hidayahmu supaya engkau menggerakkan hatiku untuk memilih antara 2 kerja yang keduanya aku minati. Aku harap aku dapat memilih yg terbaik untukku. Amiiiin.

Friday, January 6, 2012

JiMY Sudah Sembuh



Arine aku nak cite pasal awek kesayanganku JiMY dan nak share sikit info yg aku dpt hari nie. Semenjak due menjak nie moto aku nie ade keluarkan bunyik yg laen drpd yg laen. Pada mulenye aku ingtkan bunyik pada bahagian enjin. Aku pn da rase takut2 jugak. Ye la moto nie aku beli pakai dwet aku sendiri tibe2 baru pakai bape bulan da bunyik laen mcm. So sblm solat jumaat td aku tukar la minyak itam mane la tau oke kan lepas tukar minyak itam. Aku pakai jenama CASTROL. Tapi aku test jalan dekat2 umah aku nie still bunyi laen mcm lagi. Aku dengar mcm bunyi besi so aku rs mcm ekzoz aku yg problem nie. Sampai jerk umah aku trus ketuk2 ekzoz aku mmg rs mcm longgar sikit. Aku rs mmg problem pada ekzoz aku. So aku trus bukak FB n trus tanya pada otai2 LC dekat grup Yamaha 135LC v2011. Aku memang slalu tanye otai2 kt grup ni kalau aku ade prob pasal moto atau mntk sugestion drpd dyorang. So nie la antara otai2 yg membantu aku.

 

Tggu punye tggu untuk otai2 balas komen aku so aku pn pegi solat jumaat. Balek solat tu kebetulan aku ade interview di senai so aku pun pegi la. Sambil2 tu ak mmg nk kompomkan betul x bunyik moto aku tu dtg dr ekzoz. Aku bawak laju2 kt highway skudai. Makin laju makin kuat bunyik besi begesel. Dipendekkan cite aku dpt la keje kt c2. Sampai jerk umah aku trus bkk fb n tgk ade la otai2 bagi pendapat. So aku pun buatla ape yg dyorang suggest kan.

Bukak punye bukak rupenye betul ade satu skru yg longgar. Skru nye berada di blakang cover eszoz yg krum yg telah aku merahkan nie.



Itu jerk masalahnye.. Tp perlu diingatkan dekat setiap skru tu terdapat waser. Ade waser besi dan ade waser mcm getah2 plastik. Korang yang nk gode2 moto korang tu jgn plak lupe pasang waser tu. kalo lupe pasang kompom la kan ade bunyik lagi kt moto korang tu.  kalau x silap aku la setiap skru yg diikat ade 2 waser.  hope take note bende nie. Oke sebelum meninggalkan blog aku nie harap dapat la komen untuk memperbaiki mutu blogger aku nie..

Wednesday, January 4, 2012

Ayat Seribu Dinar

Kali ni aku nk share sikit info pasal satu ayat dalam Al-Quran yang mempunyai banyak kelebihan jika mengamalkannya.

Maksudnya: Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap² sesuatu.

Nie adalah sebuah ayat dalam surah At-Tolaq. Ayat nie nenek aku yang kasi kt aku suh aku amalkan. Kelebihan dan fadilat membaca surah nie ialah:
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Ayat seribu dinar nie mempunyai banyak petua dan cara untuk diamalkan. yang paling senang untuk diamalkan ialah membaca surah ini semasa solat dan membacanya selepas solat. Antara petua untuk diamalkan ayat ini ialah :
  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
  4. Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.

SELAMAT BERAMAL........

Monday, January 2, 2012

2012 - Transformasi Diriku

Ok entry kali ni aku nak cite sikit pasal azam. Biase lah cite pasal azam ni hangat diperkatakan bile da nk awal tahun kan.


1)First skali azam aku ialah nak sambung degree. Actualy aku sebenarnye da boring nk tggu panggilan belajar nie. Da mohon banyak kali tp x dapat jugak blaja. Tp aku cube kasi chance kt diri aku ni. Aku harap aku dpt masuk blaja awal tahun nie. Aku letak pic UITM sebab aku mohon UITM mase tu. hehe


2)Korang agak² kenape aku tunjuk pic moto kt atas nie? Mesti korang ingt aku nk beli kan? Sebenarnye aku dah pun memiliki moto nie pada Tahun lepas. Nama moto aku JiMY (sbb flat JMY). Siap ade name lg moto aku kan. Korang hader? So ape kene mengene moto aku ngan azam kan? Azam aku tahun ni nak langsaikan bayar duit moto nie pada tahun 2012. Actually aku ikat moto nie 3 tahun tp aku x suke hutang lame² n aku pun slalu bayar advance bulan² supaye cpt habis. This my second azam. Heheheh


3)Korang kenal x sape nie? Mesti ramai yang x kenal kan. nie boleh dikatekan idola aku la. So ape kene mengena dye dengan azam aku? Ape yang aku nak drpd die nie? Jawapannye aku nk jadi bussinessman yang  Jutawan macam dye (kalau boleh nak jadi handsome n jambu jugak mcm dye) hehehe. Nama die IRFAN KHAIRI. Aku sbnrnye nak join dye punye motivasi tp masa, waktu dan faktor kewangan yg x mengizinkan. Dye ade keluarkan buku pasal bussiness tp aku x minat membaca. Kalau boleh aku nk jugak dengar motivasi dye. DR IRFAN wait for me ok. Aku harap tahun ni aku dapat mencuba untuk jadi seorang usahawan x kisah la untung ciput ke rugi ke yang penting ini adalah azam aku untuk tahun nie! To be a businessman.


4)Tahu-tahu je la kalau da nmpk pic kete kat atas tu kan. Aku harap azam aku untuk memiliki kete nie tercapai. Amiiiin. Tapi nie adalah just azam angan2 jerk. kalau aku dapat smbung degree thun nie aku x ler amek kete nie kan. nnt sape plak yg nak bayo duit kete nie kan.

Sebenarnye banyak lagi azam² aku nk aku capaikan untuk tahun nie lagi2 dari segi amal ibadat aku, tingkah laku dan attitude aku. Aku harap segala azam² aku pada thn nie dapat aku capai. X dapat semua dapat satu dua pun jadilah. Walaubagaimana pun Aku sangat² berbangga dengan diri aku sbb banyak perubahan yg telah aku lakukan pada diriku. Perubahan yg paling² aku bangga dengan diri aku ialah................


Bende nie lah yg paling aku bangga bile aku dapat berhenti rokok. Alhamdulillah dah setahun jugak la aku berhenti. Actually azam aku nk benti rokok nie dari aku form 4 (2006). Tapi sbbkan stress and tension duk ostel aku ssh nk benti rokok.

Dipendekkan cite tahun 2011 nie banyak perubahan yg telah aku buat pd diri aku. Banyak jugak azam yg x diduga telah aku kecapi. Aku berharap 2012 nie bakal mengubah diri aku lebih baek daripada sekarang. Semoga aku menjadi insan yang berguna pada masyarakat, bangsa dan negara. Amiiiin