Wednesday, January 4, 2012

Ayat Seribu Dinar

Kali ni aku nk share sikit info pasal satu ayat dalam Al-Quran yang mempunyai banyak kelebihan jika mengamalkannya.

Maksudnya: Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap² sesuatu.

Nie adalah sebuah ayat dalam surah At-Tolaq. Ayat nie nenek aku yang kasi kt aku suh aku amalkan. Kelebihan dan fadilat membaca surah nie ialah:
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Ayat seribu dinar nie mempunyai banyak petua dan cara untuk diamalkan. yang paling senang untuk diamalkan ialah membaca surah ini semasa solat dan membacanya selepas solat. Antara petua untuk diamalkan ayat ini ialah :
  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
  4. Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.

SELAMAT BERAMAL........
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment